Pudu Sentral : Nama Baru Terminal Bas Puduraya
Pudu Sentral ialah nama baru Terminal  Bas Puduraya. Pengumuman penukaran nama kepada Pudu Sentral ini di  umumkan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ni. 
Penukaran nama kepada Pudu  Sentral dari nama asalnya, Terminal Bas Puduraya yang beroperasi sejak  1976 adalah selaras dengan penaiktarafan terminal bas itu yang tampil  dengan wajahnya yang moden dan baru. 
Selepas penaiktarafan, terminal  bas ini dilengkapi dengan pendingin hawa, kemudahan eskalator dan sistem  pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan  dilengkapi dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV).
Harap-harap lepas ini papan  tanda Terminal Bas Puduraya kan di tukar kepada Pudu Sentral untuk  memudahkan rakyat mengingati nama baru Terminal Bas Puduraya, Pudu  Sentral. 

 
Comments
Post a Comment