I wish Malaysia have this city mayor~If you dare parking hazardly, this is what happen!
I wish Malaysia have this city mayor~If you dare parking hazardly, this is what happen!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
    
 
 
 "Kau ingat kau pandu kereta mewah, boleh letak sesuka hati? Kalau ini berlaku kat negara kitakan bagus!"
 3/8/2011  VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah,  apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta  Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
 Datuk bandar, Arturas Zuokas.
 Arturas  Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang  meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya  Vilnus, ibu negara Lithuania.
 Dia  mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara  haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera  buatan Russia.
 Bangga dapat melenyek kereta sekitar bandarnya.
 “Saya  mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal  bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak  pejalan kaki atau penunggang basikal.
 “Perbuatan  mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak  boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian  bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi  mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam  keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh  seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.
 S-class siapalah ini?
 Zuokas  kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak  meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang  basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.
 Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.
 Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.
 Video ketika beliau memandu kereta perisai sambil menggelek kereta.
 Ia  dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai  pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce  yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.
 “Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.
 “Kereta  kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata,  kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan.




 
Comments
Post a Comment