Bonus Kakitangan Awam Hari Raya Aidilfitri 2011 : Setengah Bulan Gaji @ Minimum RM 500
BREAKING NEWS
Kerajaan bersetuju membayar bonus kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 iaitu setengah bulan gaji @ minimum RM500.
Buat pesara kerajaan, mereka  akan menerima bayaran khas sebanyak RM500. Pembayaran bonus dan bayaran  khas ini akan di buat pada pertengahan Ogos 2011 ini.
Di jangkakan  pemberian bonus  kakitangan awam Hari Raya Aidilfitri 2011 iaitu setengah bulan gaji @  minimum RM500 dan bayaran khas untuk pesara ini dapat meringankan beban  mereka dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Untuk rekod, Cuepacs meminta kerajaan  mempertimbangkan pemberian 2 bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini  iaitu bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas  Hari Raya Aidilfitri. 
Nampak  gayanya hanya setengah bulan gaji sahaja yang dapat. Apa agaknya reaksi  Cuepacs ya dengan pengumuman ini.. Bila fikir balik elok dapat dari tak  langsung tak dapat...

 
Comments
Post a Comment