Hentian Puduraya tidak pernah pudar popularitinya sejak dibuka pada 2hb Oktober 1976 (genap setahun selepas aku wujud di alam ini) dengan hampir setiap warga kota mempunyai kenangan menggunakan hentian tersebut.
Selain fungsi utamanya sebagai hentian bas, ia juga tidak pernah suram daripada pelbagai kisah lain seperti punca kesesakan lalu-lintas di jalan sekitarnya, tempat tumpuan penyeluk saku, ulat tiket dan sebagainya.
Hentian itu yang ditutup sejak kira-kira setahun (12hb April 2010) lalu untuk proses pengubahsuaian dan naik taraf, kini dibuka semula pada Sabtu 15 April 2011 dengan wajah baru yang lebih segar dan moden.
Mari kita lihat wajah terbaru Hentian Puduraya 2011 sebelum ia pudar di telan kembali oleh masa.
Link terdahulu mengenai penutupan Puduraya:
No comments:
Post a Comment