Perodua Myvi Extreme+Myvi SE 1.5 Baru 2011
Perodua Myvi Extreme+Myvi SE 1.5 Baru 2011
  
 
  
     
  
 
Perodua Myvi Extreme dan Myvi SE  1.5 liter baru 2011 telah pun dilancarkan pada 15 September 2011  sekaligus menyaksikan model ini varian terbaru dalam keluarga Myvi.
Dengan menggunakan tagline “Lagi  Power, Lagi Best“, kedua-dua model ini memiliki enjin baru berkapasiti  1.5 liter yang sebelum itu eksklusif hanya untuk model MPV Alza.
Dari aspek aksesori luaran,  Perodua Myvi Extreme dan SE 1.5 baharu ini kini tampil lebih bergaya  dengan kit badan baru yang lebih sporty dan ranggi, selesa dan berkuasa.
Bagi Myvi SE 1.5, terdapat 3  versi ditawarkan iaitu manual, automatik dan multimedia. Versi SE  Multimedia didatangkan eksklusif bersama kotak gear automatik sahaja. 
Perbezaan Myvi SE Multimedia  berbanding versi SE manual dan auto ialah bahagian interior dilengkapi  sistem multimedia navigasi skrin sesentuh sama seperti yang ditawarkan  pada varian Extreme.
Perodua Myvi 1.5 liter baru ini  juga didatangkan bersama transmisi manual dan automatik untuk pilihan  pelanggan, selain menawarkan 3 pilihan warna iaitu  Kuning (Solid  Majestic Yellow), warna Putih (Solid Ivory White) dan Hitam (Metallic  Ebony Black).
Bagi Varian SE pula tampil  dengan pilihan lima warna menarik berbanding Extreme, dengan tambahan  dua warna ungu iaitu Metallic Mystical Purple dan Metallic Purple.
Perodua Myvi SE dan Myvi Extreme  1.5 l baru 2011 ini menggunakan enjin 1.5 liter DOHC dan 16V DVVT pada  yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 102bhp@6,000rpm dan tork maksimum  sebanyak 136Nm@4,000rpm. 
Menurut Perodua, pecutan dari  0-100 km/j boleh dilakukan dalam tempoh di bawah 10 saat, berbanding  varian 1.3 pada catatan 12.5 saat.
Enjin 1.5 liter yang digunakan  turut dikatakan lebih responsif dan menghasilkan pecutan lebih lancar,  selain kuasa kuda dan tork yang mewah memberikan perasaan pemanduan  sebenar yang cukup menyeronokkan.
Aspek keselamatan tidak di  pinggirkan. Ciri keselamatan seperti ABS (Anti-lock Braking System), EBD  (Electronic Brake Distribution), BA (Brake Assist) dan dwi beg udara  SRS menjadi ciri standard untuk kedua-dua varian.
Harga yang ditawarkan bermula  serendah RM50,900.00 sehingga RM61,700.00, bergantung kepada spesifikasi  yang ditawarkan. dijangkakan akan menerima sambutan hangat daripada  rakyat Malaysia.
Inilah dia senarai harga Perodua Myvi Extreme dan SE 1.5 l baru (harga atas jalan termasuk insuran) :
- Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Solid) – RM50,900.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Metalik) – RM51,400.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Solid) – RM53,900.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Metalik) – RM54,400.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Solid) – RM56,000.00
- Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Metalik) – RM56,500.00
- Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Solid) – RM58,200.00
- Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Metalik) – RM58,700.00
- Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Solid) – RM61,200.00
- Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Metalik) – RM61,700.00




 
Comments
Post a Comment