Saturday, November 26, 2011

Selamat Jalan Hentian Bas Klang


Satu masa dulu, Hentian Bas Klang atau turut dikenali sebagai Terminal Bas Pasarama Kota begitu gah. Dirasmikan pada 10 November 1968, bangunan itu bukan saja lokasi bas ‘berlabuh’ mengambil dan menurunkan penumpang, tetapi juga tempat meletak kereta bertingkat pertama didirikan di ibu kota.



Upacara perasmian bangunan berkenaan diadakan dengan gilang-gemilang. Letupan mercun yang diikat sepanjang 15 meter memeriahkan pembukaan bangunan terletak di Jalan Sekolah (kini Jalan Sultan Mohamed) berharga RM997,000 itu.


Selepas empat dekad mencurah bakti, bangunan yang canggih pada zamannya kini tidak lagi selari dengan kepesatan pembangunan di ibu negara.
Bangunan lama berwajah kusam itu akan menyembah bumi akhir tahun ini bagi membolehkan kerja pembinaan stesen My Rapid Transit (MRT) Pasar Seni bawah tanah yang baru.
Kemudian, terminal bas baru yang lebih moden akan dibangunkan semula di tapak sama selepas projek MRT selesai dijangka pada 2016.

Sejak 1 November lalu, Hentian Bas Klang yang sebelum ini digunakan 74 bas yang membuat 260 pusingan dan mampu menampung 5,000 penumpang sehari itu tidak lagi sesibuk seperti kebiasaan. Semua bas dipindahkan operasinya ke Pudu Sentral.
Kini cuma bas RapidKL yang masih mengambil dan menurunkan penumpang di situ, tetapi cuma di luar bangunan iaitu di Jalan Sultan Mohamed.
Meninjau ke dalam bangunan bersejarah berkenaan yang gelap, kelihatan beberapa penumpang duduk santai sementara menunggu hujan teduh.

Dengan bantuan cahaya suram dari luar bangunan, notis penutupan kelihatan di beberapa sudut premis itu. Semakin jauh memasuki ruang terminal bas yang dipasang pita penghadang, kelihatan seorang lelaki menyusun majalah dan surat khabar. Lelaki itu, R Many, 60, masih berniaga di lot kedainya biarpun tahu bangunan berkenaan ditutup.
Mustahil hatinya tidak terusik apabila dimaklumkan bangunan berkenaan akan dirobohkan. Bukan saja Many yang juga peniaga paling lama di situ yang mengalami perasaan itu, tetapi semua warga kota atau individu yang pernah menggunakan terminal berkenaan. Pastinya ramai individu mempunyai kenangan tersendiri mengenai bangunan itu.

Selepas lebih empat dekad ‘berumah tangga’ di situ, Hentian Bas Klang ibarat rumah keduanya. Setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam, Many dan adiknya, R Rajakumari, 49, bergilir-gilir menjaga kedai.
“Dulu kawasan ini pasar basah sebelum Terminal Bas Pasarama Kota didirikan. Ia antara bangunan tercanggih di Kuala Lumpur yang bukan saja hentian bas, tetapi tempat letak kereta bertingkat, medan selera, restoran dan pusat hiburan. Dulu ada enam lot kedai di sini, tetapi selepas itu jadi 16 kedai.

“Hendak kata sedih kerana bangunan ini dirobohkan, tidaklah... cuma saya berharap mendapat lokasi berniaga sesuai selepas tempat ini ditutup,” katanya.
Many berkata, dia akur dengan arahan menghentikan operasi perniagaan di hentian bas berkenaan. Namun, hasrat berpindah ke tapak niaga lain terpaksa ditangguhkan sehingga dia mendapat lokasi yang sesuai.
“Pada mulanya saya bercadang berniaga di luar sana (sambil menunjukkan ke arah Jalan Sultan Mohamed), tetapi hari ini hujan lebat, sudah tentu saya tidak boleh meletakkan majalah dan surat khabar di luar.

“Sementara pelanggan masih datang ke sini untuk berteduh, saya ambil keputusan berniaga di sini. Penumpang tentu akan ke kedai untuk membeli bahan bacaan, minuman atau makanan ringan ketika turun naik bas di sini,” katanya.
Peniaga gerai makan, Raziah Mohamad, 56, yang berniaga di bawah jejambat di hentian itu sejak 20 tahun lalu berkata, bermacam pahit manis dilalui sepanjang tempoh berkenaan.
Dia menyaksikan pelbagai perubahan hentian bas berkenaan iaitu daripada sebuah kawasan yang sering menjadi tumpuan sehingga kurang mendapat perhatian.

“Pelbagai pengalaman pahit manis saya lalui sepanjang berniaga di sini. Sebelum ini, saya berniaga di tingkat atas, tetapi kemudian dipindahkan ke sini.
“Semakin lama semakin kurang orang menggunakan hentian bas ini. Dulu tempat ini di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum diserahkan kepada pihak swasta.
“Memang sayang hendak tinggalkan kawasan ini kerana di sinilah tempat yang menjadi mata pencarian saya dan suami membesarkan tiga anak. Apapun, kami terpaksa kerana memberi laluan kepada pembangunan,” katanya.
Penyelaras Trafik RapidKL, Kamarul Azhar Sulaiman, 39, berkata sejak ditugaskan di Hentian Bas Klang dua tahun lalu, dia berkesempatan bertemu ramai kawan lama yang kebetulan mengunjungi tempat itu.
“Sejak berhijrah ke Kuala Lumpur 12 tahun lalu, saya terputus hubungan dengan rakan lama yang berasal dari Kuantan. Bagaimanapun, sejak ditugaskan di sini, saya terserempak dengan ramai rakan lama di sini.

“Tempat ini menyimpan banyak memori, terutama pada zaman bas mini. Ketika remaja dulu, apabila datang ke Kuala Lumpur (dari Kuantan), inilah tempat yang dituju terlebih dulu,” katanya.
J Jayaganesan, 30, sibuk mengambil gambar kedai gunting milik ibunya, Vinnie Salon, ketika penulis menghampirinya. Menurutnya, dia merakam kenangan sebelum bangunan itu dirobohkan.
“Walaupun ibu baru empat tahun berniaga di sini, tempat ini banyak meninggalkan kenangan buat kami sekeluarga. Bapa dan ibu sama-sama membuka kedai gunting rambut ini. Setahun selepas itu, bapa meninggal dunia dan ibu menyara hidup dengan pendapatan daripada perniagaan ini. Selepas bangunan ini dirobohkan nanti, hanya gambar yang tinggal sebagai kenangan buat kami,” katanya.

Pemilik kedai gunting, M Tharmalingam, 63, berkata memori di Hentian Bas Klang tetap terpahat di ingatan walaupun bangunan itu dirobohkan nanti.
“Enam tahun berniaga di sini, saya mendapat ramai kawan di kalangan pemandu bas, konduktor, pemilik kedai dan penumpang. Mula-mula mereka menjadi pelanggan saya, selepas itu jadi kawan.
“Saya terpaksa menutup perniagaan kerana selepas penutupan bangunan ini 31 Oktober lalu, tiada lagi pelanggan datang. Memang sedih mahu meninggalkan tempat ini, tetapi saya perlu berniaga di tempat lain untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Acer (5) Adsense (52) Alcatel (1) Android (30) AngryBirds (15) Apple (12) Aston Martin (1) Asus (39) ASUS TAICHI (1) AUDI (1) Automotive (64) AV (9) Bajaj (1) Basketball (1) Blackberry (27) BMW (12) Broadband (67) Bugatti (3) BYD (1) Celcom (1) Celebrity (20) Chevrolet (1) DC Avanti (1) Exelero (1) Facebook (27) Ferrari (25) Fiat (1) Ford (9) Genting (4) Google (2) Google’s Nexus 4 (1) Google’s Nexus 7 (8) Honda (50) HTC (19) Huanghai (1) Huawei (10) hybrid cars (1) Hyundai (8) Infolinks (3) InfolinkText (1) iOS (3) iPad (34) iPad Air (4) iPad Mini (14) iPad pro (1) iPad2 (16) iPad3 (16) iPad4 (5) iPhone 3G (21) iPhone 4 (35) iPhone 4S (12) iPhone 5 (20) iphone5c (1) iphone5s (1) Iphone6 (1) iTunes Store (1) Japan (12) Jeep (1) Kia (19) Kindle (3) Koenigsegg (1) Kontera (1) Lamborghini (20) Land Rover (1) Lenovo (3) Lexus (2) LG (22) Lotus (1) LTE (1) Lytro (1) MacBook (1) Make Money Online (82) Malaysia (98) Malaysian Blogger study (18) Man Utd (22) Maserati (1) Mazda (8) McLaren (1) Mercedes (6) Microsoft Surface (4) MINI Cooper (7) Mitsubishi (9) Motorola (13) Myvi (6) Nintendo (2) Nissan (21) Nokia (5) Nuffnang (58) Oppo (3) PadFone (3) Pagani (2) PC (2) Perodua (12) Peugeot (11) Porsche (2) Proton (38) Renault (2) Samsung Android Flip Phone (1) Samsung ATIV (2) Samsung Chromebook (1) Samsung Galaxy (1) Samsung Galaxy Camera (3) Samsung Galaxy Gear (1) Samsung Galaxy Grand (1) Samsung Galaxy Nexus (3) Samsung Galaxy Note (19) Samsung Galaxy Premier (1) Samsung Galaxy S (21) Samsung Galaxy S 4 (1) Samsung Galaxy S3 (13) Samsung Galaxy S4 (1) Samsung Galaxy S5 (2) Samsung Galaxy Tab (19) Samsung Galaxy W (3) Samsung Galaxy Y (1) Samsung Galaxy Z (1) SEO (8) Sharp (1) Showdown (9) Showgirl (51) Slicepad Pocket Projector (1) Smart Car (2) Software (49) Sony Ericsson (14) Sony QX1 (1) Sony Xperia (9) SsangYong (1) Starckbucks (1) SteveJobs (3) Subaru (3) Suzuki (6) Telco (1) Toyota (27) Umobile (2) Unifi (1) Vencer (1) Vending Machines (5) Vintage Cars (1) Volkswagen (14) Volvo (4) WD (1) webe (1) WiiU (1) windows (1) Women (1) XiaoMi (15) YouTube (35)