Friday, February 11, 2011

Penipuan Trafik Guna Iframe?

I saw this at Eyriqazz blog, also in sharing is power blog. A lot have blog about this 'black hat' method. So be aware blogger. This is definitely an unethical way to get traffics, and I believe most advertisement companies do not agree and like this method. So don't be stupid bloggers, not to lose your longterm income with just a quick profits.

Look at the post: Blogger Kita Memang Cerdik Pandai Kan?

Dah dua minggu aku diselebungi kekeliruan dengan satu perkara di alam blogging ni. Teruja, konfius bercampur baur. Tapi disebabkan oleh kesibukan dengan tugas, tambah pulak dengan kecewa dengan sikap kurang profesional seorang yang aku hormati sebelum ni, memang aku tak berpeluang nak buat penyelidikan drastik dan juga siasatan menyeluruh.

duty_callsAku tak nafikan, trafik untuk seseorang blogger memang tersangatlah penting dan menjadi prioriti mereka yang memang inginkan wang sampingan daripada blog. Aku pun macam tu. Dan disebabkan trafik ni la kita sanggup bersengkang mata berblogwalking setiap hari tanpa henti, ping blog di sana sini, buat promosi di forum, YM, FB dan sebagainya serta bertukar banner dan link dengan rakan-rakan blogger lain. Ada juga yang lebih mampu, menyewa ruang iklan blogger lain ataupun berhempas pulas bermain SEO untuk meningkatkan trafik ni.


Blogger memang golongan bijak pandai, pantas dan up to date! Disebabkan ciri-ciri inilah, pelbagai kaedah baru dicari, dipasang dan digunakan di blog. Maka muncullah pelbagai kaedah yang dicipta antaranya kaedah auta-blogwalking (auta=tipu) dan yang terkini kaedah yang aku pun tak tau apa istilah paling sesuai digunakan dalam kes ni, kongsi trafik, bagi trafik, ataupun curi trafik? Rasanya ketiga-tigalah kut.

Actually ni bukan kali pertama blogger main kaedah macam ni. Dulu ada juga seorang blogger yang menawarkan cubaan mendapatkan trafik ni secara percuma untuk sehari. Dan kalau berminat untuk teruskan khidmat tu, perlu buat bayaran. Aku hanya cuba yang percuma je sebab aku tak rasa peningkatan mendadak di UV mahupun PV aku kecuali bilangan referral yang melonjak daripada blog tersebut. Sebab tu aku tak rasa nak selidik apa-apa pun sebab blog dia more to English blog, sediakan link download movie. So, tak adalah aku nak suspicious sangat. 


blog1Tapi yang kali ni, memang aku pelik sebabnya aku tak nampak entry kejar SEO dalam blog tu, dan tak jumpa mana extraordinary, or the blogger hanyalah orang biasa (bukan artis, YB dsb) tapi bila tengok bilangan user online masa tu, memang aku tergamam jugak. How did he do that? Tengok list, ramai yang join, dan bagi feedback dengan bukti referral, tapi takda pulak aku jumpa bagi bukti trafik based on UV or PV. So, sebab suspicious sangat, aku pun try menjoinkan diri dan selidik ke akar umbi melalui khidmat sifu Neslo yang expert dalam segala macam koding untuk aku rujuk dan ajukan pertanyaan.


Bagaimana kaedah Kongsi, Curi + Bagi Trafik ni berfungsi?
Melalui kod Iframe yang diletakkan di blog. Sila kaji ilustrasi cikai yang aku sediakan  di bawah ni mengikut pemahaman aku:
blog
Curi Trafik, Kumpul Trafik, Ambil Trafik
Bila Blog lain (yang bertulisan hitam) pasang kod banner yang aku bagi, semua visitor dari blog-blog tu akan masuk ke blog aku. Jumlah visitor yang akan terpapar di statcounter blog aku nanti adalah jumlah visitor yang pasang kod aku bagi tu. Semakin banyak blog yang pasang, semakin banyaklah visitor aku. Lebih-lebih lagi kalau blog tu memang visitor ramai. Dapat pasang kat google.com best gak kan? Miahahaha.. Ops, ni contoh jer ok, Aku lebih utamakan trafik dari pembaca setia DJ ni dan kuasa SEO blog ni.

cats
Screenshot bukti cubaan menggunakan kod Iframe tu, diletak di blog aku, dengan URL dalam kod Iframe tu adalah ke blog tu. Blog dirahsiakan sebab owner tak bagi kepochi..haahaah

Kongsi Trafik, Bagi Trafik, Sedekah Trafik, Pemurah Trafik
Aku pulak akan bagi backlink pada korang dengan letak URL blog korang jugak dalam HTML Add gadget aku. So, dari situlah proses berkongsi ataupun  bagi trafik tu berlaku. Tapi tak boleh letak banyak-banyak sebab letak kod tu, sama macam nak letak blog korang tempek di blog aku ni haa… Konsep, sama macam bloglarian tu.

Kod Apa Yang digunakan?
Kod HTML yang digunakan untuk buat kaedah macam atas tu namanya Iframe. Boleh refer kod di bawah ni:
<iframe allowtransparency="true" frameborder="0" height="0" hspace="0" marginheight="0" marginwidth="0" name=" " readonly="true" scrolling="yes" src="http://URL/" vspace="0" width="0"></iframe>
Kod ni disertakan dengan kod banner di bahagian atas. Memang kalau yang kurang mahir HTML kod, memang mungkin susah nak perasan kod ni.
Penggunaan kod ni juga dikhabarkan memberatkan blog sebab konsepnya sama seperti menempek blog tersebut di blog kita. Bila blog kita loading, dia pun akan loading sama, thats why jadi berat contoh jelas ialah Bloglarian, tapi Bloglarian tu dia set untuk kuar blog tu di page BL dengan ubah setting pada kod di atas.


Salah ke guna kod Iframe ni?
Aku tak kata salah, dan aku tak cakap betul. Yang penting, pada niat dan tujuan sendiri. Dan aku lebih suka kalau sesiapa nak buat kaedah gini, clarify dulu pada semua. Biarlah kedua-dua pihak setuju dan faham dengan cara yang digunakan. Jangan sampai ada yang tertipu sudah. Tu kira dah peringkat menganiaya orang lain yang berhempas pulas.
Aku tak pasti samaada advertiser membenarkan penggunakan macam ni dalam sesebuah blog sebab bila aku buat sedikit research, ni lebih kepada blackhat SEO yang mana traffic yang masuk kadangkala adalah ghost semata, dan bukan trafik real. Jangan sampai tertangkap dengan advertiser sudah, kang kena banned, kena suspended, naya!
2

No comments:

Post a Comment

Labels

Acer (5) Adsense (52) Alcatel (1) Android (30) AngryBirds (15) Apple (12) Aston Martin (1) Asus (39) ASUS TAICHI (1) AUDI (1) Automotive (64) AV (9) Bajaj (1) Basketball (1) Blackberry (27) BMW (12) Broadband (67) Bugatti (3) BYD (1) Celcom (1) Celebrity (20) Chevrolet (1) DC Avanti (1) Exelero (1) Facebook (27) Ferrari (25) Fiat (1) Ford (9) Genting (4) Google (2) Google’s Nexus 4 (1) Google’s Nexus 7 (8) Honda (50) HTC (19) Huanghai (1) Huawei (10) hybrid cars (1) Hyundai (8) Infolinks (3) InfolinkText (1) iOS (3) iPad (34) iPad Air (4) iPad Mini (14) iPad pro (1) iPad2 (16) iPad3 (16) iPad4 (5) iPhone 3G (21) iPhone 4 (35) iPhone 4S (12) iPhone 5 (20) iphone5c (1) iphone5s (1) Iphone6 (1) iTunes Store (1) Japan (12) Jeep (1) Kia (19) Kindle (3) Koenigsegg (1) Kontera (1) Lamborghini (20) Land Rover (1) Lenovo (3) Lexus (2) LG (22) Lotus (1) LTE (1) Lytro (1) MacBook (1) Make Money Online (82) Malaysia (98) Malaysian Blogger study (18) Man Utd (22) Maserati (1) Mazda (8) McLaren (1) Mercedes (6) Microsoft Surface (4) MINI Cooper (7) Mitsubishi (9) Motorola (13) Myvi (6) Nintendo (2) Nissan (21) Nokia (5) Nuffnang (58) Oppo (3) PadFone (3) Pagani (2) PC (2) Perodua (12) Peugeot (11) Porsche (2) Proton (38) Renault (2) Samsung Android Flip Phone (1) Samsung ATIV (2) Samsung Chromebook (1) Samsung Galaxy (1) Samsung Galaxy Camera (3) Samsung Galaxy Gear (1) Samsung Galaxy Grand (1) Samsung Galaxy Nexus (3) Samsung Galaxy Note (19) Samsung Galaxy Premier (1) Samsung Galaxy S (21) Samsung Galaxy S 4 (1) Samsung Galaxy S3 (13) Samsung Galaxy S4 (1) Samsung Galaxy S5 (2) Samsung Galaxy Tab (19) Samsung Galaxy W (3) Samsung Galaxy Y (1) Samsung Galaxy Z (1) SEO (8) Sharp (1) Showdown (9) Showgirl (51) Slicepad Pocket Projector (1) Smart Car (2) Software (49) Sony Ericsson (14) Sony QX1 (1) Sony Xperia (9) SsangYong (1) Starckbucks (1) SteveJobs (3) Subaru (3) Suzuki (6) Telco (1) Toyota (27) Umobile (2) Unifi (1) Vencer (1) Vending Machines (5) Vintage Cars (1) Volkswagen (14) Volvo (4) WD (1) webe (1) WiiU (1) windows (1) Women (1) XiaoMi (15) YouTube (35)