2011/10/05 NEW DELHI: India akan melancarkan komputer tablet kos rendah yang sekian lama dinanti-nantikan berharga AS$45 (RM139) hari ini bagi menyemarakkan lagi teknologi maklumat kepada lebih 10 juta gologan pelajar di negara itu.
Komputer tablet dengan paparan sentuhan itu bersaiz 18 sentimeter (tujuh inci) dengan kemudahan capaian internet menerusi Wi-Fi, kemudahan 'media player' dan kuasa bateri sehingga 180 minit.
Digelar sebagai “Akash” ("Awan"), komputer berkenaan akan dilancarkan di New Delhi oleh Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal selepas lebih bertahun-tahun tertangguh.
“Ia berharga 2,200 rupee (AS$45) untuk kumpulan pertama pengeluaran 500 unit komputer akan diagihkan kepada pelajar sebaik ia dilancarkan," kata jurucakap kementerian berkenaan, Mamata Varma.
“Akash” dikeluarkan syarikat berpusat di Kanada, Datawind, dengan menggunakan sistem operasi Android 2.2. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan persidangan video, dua terminal USB dan kadar memori mencapai 32GB.
No comments:
Post a Comment