'Orang minyak' Taman Pinggiran Batu Caves Gombak yang muncul di sekitar taman perumahan itu telahpun berjaya di tangkap penduduk setempat dan di serahkan kepada pihak polis.
Badan orang minyak ini tidak disapu minyak seperti ‘orang minyak’ tetapi darah yang keluar dari luka setelah ditangkap orang ramai itu dilumurkan ke seluruh badan. Malah mulutnya juga terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.
Lelaki berbogel yang digelar ‘orang minyak’ di Taman Pinggiran Batu Caves Gombak ini di percayai berasal dari Indonesia dan mengamalkan ilmu hitam.
Inilah dia kronologi penangkapan orang minyak di Taman Pinggiran Batu Caves Gombak baru-baru ini :-
- Kira-kira jam 2 pagi itu, orang minyak ‘mengejutkan’ keluarga Norlida Hassan, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.
- Dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.
- Orang minyak itu di percayai mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian pemilik rumah untuk keluar melihat.
- Norlida Hassan yang mengintai menerusi tingkap, mendapati seorang lelaki bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik dan bersilat lalu beliau mengambil keputusan menyergah lelaki itu supaya beredar.
- Suami Norlida dan seorang jiran mengejar orang minyak itu yang berlari ke sebuah belukar tebal.
- Mereka berjaya menangkap orang minyak yang cuba bersembunyi di dalam longkang besar berhampiran pangsapuri tersebut.
- Setelah ditangkap, orang minyak itu berkelakuan pelik apabila meminta untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.
- Pihak polis sampai ke tempat kejadian lalu menahannya kira-kira pukul 3.30 pagi.
No comments:
Post a Comment